Has anyone ever tried to convince you to order something off a menu that you couldn’t afford? Or had a friend buy an expensive appetizer and assume you’ll help split the bill? The dynamic isn’t too far from what’s happening in climate policy right now, with hypocritical, richer countries trying to convince poorer countries that green energy is the way forward. At the end of November, diplomats will gather in Paris for the most high-stakes dinner party yet: Their orders are likely to affect our collective climate future. Check out our video above for all the savory details.
Semua pelawat ke Parlimen diberi taklimat mengenai peraturan asas sebelum memasuki Dewan Rakyat. Para pelawat perlu menunduk kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat semasa memasuki dan meninggalkan Dewan; sebagai pemerhati pelawat tidak dibenarkan menyoal ataupun mengambil bahagian dalam perbincangan dan perbahasan.
Sesi Soal Jawab Parlimen hari ini bermula pada 10 pagi sehingga 11.30pagi. Pembentangan tentang agenda yang telah dijadualkan mengambil tempat dahulu dalam bentuk soal jawab. Hanya ahli parlimen atau Member of Parliament (MP) yang terlibat dalam agenda-agenda tersebut diminta menghadiri mesyuarat. Dalam proses soal jawab, kita memerhatikan suasana parlimen agak hangat disebabkan ejekan antara MP.
Selepas itu, perbahasan tentang usul bajet 2016 dimulakan. Didapati banyak rombongan lain yang melawat parlimen pada masa yang sama. Oleh itu, setiap rombongan hanya dibenarkan untuk mengunjungi parlimen dalam giliran sepanjang 30 minit. Malangnya, rombongan kita tidak sempat memasuki parlimen sekali lagi semasa perbahasan tentang bajet kerana tempat duduk pemerhati telah dipenuhi. Selain itu, pihak media mempunyai ruang khas di luar parlimen untuk mereka menyaksi dan melapor persiaran langsung mesyuarat parlimen. Kita berpeluang menyaksikan satu persidangan media yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Sesi makan dan perbualan dengan YB Ong Kian Ming
Kita bertemu dengan YB Ong Kian Ming untuk sesi perbualan. YB Ong adalah MP kawasan Serdang dan juga jurucakap alam sekitar bagi parti DAP. Beliau memberi informasi ringkas kepada kita tentang kementerian-kementerian di Malaysia yang terlibat dalam perubahan iklim and alam sekitar, iaitu Kementerian Sumber Ali dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan Kementerian Kesejahteraan, Bandar, dan kerajaan tempatan.
Sepatutnya NRE merupakan kementerian yang bertanggungjawab untuk memimpin dan meyelaraskan sebarang perbincangan tentang alam sekitar dan perubahan iklim antara semua kementerian, tetapi keadaan sebenar bukannya sedemikian. YB Ong menerangkan bahawa alam sekitar dan perubahan iklim masih bukan keutamaan dalam agenda nasional. Interaksi antara kementerian yang tidak cekap juga menyebabkan perancangan dan pelaksanaan kurang memuaskan.
Selain itu, YB Ong menyatakan pandangan beliau tentang penyerahan INDC dari kerajaan Malaysia. Oleh kerana Malaysia merupakan negara yang hampir mencapai status negara maju, kita perlu memberi komitmen yang lebih tinggi daripada negara membangun yang lain. Saya setuju pada pandangan tersebut bahawa Malaysia sepatutnya melakukan lebih banyak secara sukarela tetapi bukan bergantung semata-matanya kepada permindahan teknologi dan kewangan dari negara maju.
YB Ong menawarkan nasihat kepada MYD bahawa kita perlukan bacaan dan penyelidikan yang lebih menyeluruh terutamanya maklumat tentang konteks Malaysia. Dengan ini, kita akan jadi lebih yakin tentang soalan atau isu yang sesuai dan penting untuk dinyatakan kepada pasukan rundingan Malaysia di COP21.
Memandangkan saya terpaksa mengikuti kursus yang berkaitrapat dengan kajian akademik pada akhir tahun ini, dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Perubahan Iklim (COP21) di negara Perancis yang berlangsung dari 30 November sehingga 11 Disember 2015. Meskipun demikian, sebagai seorang delegasi belia negara (MYD), saya mempunyai peranan-peranan tertentu yang harus dilaksanakan. Peranan-peranan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
WanJi, kedua daripada kanan
Pertama sekali, sebagai salah seorang delegasi yang berpusat di tanah air sepanjang persidangan tersebut, saya harus membantu memastikan hubungan komunikasi yang berterusan dan stabil daripada pihak kami di ibu negara dengan rombongan wakil delegasi ke negara Perancis sepanjang berlangsungnya persidangan selama dua belas hari itu.
Cara perhubungan yang paling mudah dan berkesan dalam peringkat antarabangsa adalah melalui perkhidmatan internet terutamanya laman media sosial, e-mel dan panggilan video. Cara-cara yang dinyatakan ini bukan sahaja efektif malah percuma dan sekaligus dapat menjimatkan bajet delegasi-delegasi.
Selain itu juga, delegasi-delegasi di Malaysia harus aktif memainkan peranan dalam membuat liputan langsung tentang persidangan COP21 dan juga menyebarkan perkembangan tersebut kepada masyarakat umum. Wakil-wakil delegasi di Paris sudah tentu kepenatan dari menghadiri persidangan, ulang-alik dari tempat penginapan ke tempat persidangan dan juga kemungkinan besar menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri di kawasan baru yang mempunyai budaya, bahasa, cuaca, suhu dan zon masa yang berbeza.
Tambahan pula, mereka dijangka akan sibuk membina silaturahim dengan individu-individu serta persatuan-persatuan yang berpengaruh atau berserasi dalam bidang perubahan iklim dunia. Sememangnya persidangan global yang berprestij seperti COP21 merupakan peluang keemasan untuk wakil-wakil dari negara kita untuk menambah kenalan dari seluruh dunia terutamanya mereka yang berkuasa, dan berpengalaman agar dapat membina peluang untuk bekerjasama kelak.
Akhir sekali suatu peranan yang wajib dipegang oleh setiap delegasi belia termasuk saya pada setiap ketika tanpa mengira apa jua aktiviti, adalah ‘belajar’. Saya harus membuat pemerhatian terperinci dan mempelajari sebanyak yang mungkin daripada persidangan tersebut. Dengan cara ini, secara tidak langsung, saya juga dapat menimba pengalaman yang berharga dan menaiktarafkan pengetahuan diri sendiri. Ini akan memanfaatkan MYD dan diri saya juga pada masa akan dating. Moga-moga, saya akan menjadi delegasi yang lebih bersedia untuk menghadapi persidangan yang serupa pada masa akan datang.
Kami, Perwakilan Belia Malaysia (Malaysian Youth Delegation – MYD), telah menghasilkan Kenyataan Belia Malaysia tentang Perubahan Iklim untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sempena COP21 yang akan datang pada bulan Disember 2015. Persidangan Peserta-peserta Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) di mana pemimpin seluruh dunia akan berkumpul untuk menghasilkan suatu perjanjian antarabangsa untuk menangani perubahan iklim dan menggalakan peralihan pembanguan rendah karbon.
Anda dan kumpulan/organisasi anda, dijemput untuk menyokong kenyataan belia ini. Kami berharap dapat sokongan anda sebelum 25 Oktober 2015.